Wednesday, September 2, 2009

MERDEKA......



Kemerdekaan kali ini,sambutannya berlainan dari tahun-tahun yang sebelumnya. Kita menyambutnya tanpa konsert yang meriah pada malam 31 Ogos dan perarakan di Dataran Merdeka pada pagi 31 Ogos.Semuanya kerana penularan wabak H1N1 yang semakin serius di Malaysia.Terasa juga bila sambutannya berbeza kerana bagi yang tidak tahu akan ketiadaan konsert dan perarakan,pasti akan ternanti2 di depan kaca televisyen untuk menonton konsert dan juga perarakan merdeka.Namun sayangnya tidak ada......
Namun apabila aku renung kembali,pada pendapat aku,ketiadaan konsert dan perarakan merdeka sebenarnya mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada masyarakat Malaysia kerana tidak membuka ruang dan peluang kepada masyarakat malaysia untuk melakukan maksiat seperti yang berlaku pada setiap tahun,terutamanya pada malam 31 Ogos....pesta minum arak,pesta menari dan sebagainya.Namun aku tidak ada jaminan bahawa perkara maksiat tidak berlaku pada tahun ini kerana ketiadaan konsert pada waktu malam.Namun sekurang-kurangnya kita mengurangkan aktiviti2 yang tidak sihat ini....
Sebenarnya,dengan menghadirkan diri ke perarakan merdeka juga bukan lah satu-satunya medium untuk mengukur tahap semangat patriotik dan rasa cinta kepada negara.Walaupun kita tidak pergi,melihat dan menyambut sambutan perarakan merdeka,semangat patriotik dan cinta akan negara tetap tidak akan luntur kalau benar kita berjiwa merdeka.....rakyat malaysia yang merdeka.....erti kemerdekaan bukanlah semudah bebas daripada penjajahan,kerana untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,rakyat Tanah Melayu pada ketika itu sanggup berkorban harta dan nyawa,bersatu-padu walaupun berbilang bangsa,berkongsi apa yang ada...semuanya kerana mahu merdeka. Justeru,semangat dan nilai murni inilah yang perlu diteruskan untuk kita menjadi rakyat yang merdeka dan mengekalkan kemerdekaan yang kita peroleh.Namun,sayang seribu kali sayang, hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang betul2 merdeka,yang lain aku boleh katakan belum merdeka.Cuba kita lihat,banyak perkara yang menunjukkan sikap kita yang sebenarnya belum merdeka berlaku,contohnya pergaduhan antara kaum yang meragut nyawa seperti tragadi Kampung Medan Dan Kampung Rawa,masalah2 sosial yang serius dikalangan remaja dan pertikaian terhadap perlembagaan negara.Konsert dan perarakan merdeka tidak perlu ada kalau diri kita sendiri tidak tahu menghayati nilai dan erti kemerdekaan. Tanpa konsert dan perarakan merdeka kita masih boleh menjadi rakyat yang merdeka dan menyambut kemerdekaan.......

No comments:

Post a Comment