Thursday, November 12, 2009

ISA kejam atau tidak????

Aku tertarik dengan satu artikel tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih terkenal dgn nama ISA.Artikel tersebut seperti di bawah:

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

1. Henry Ford – tuan pengasas Ford Motor Company – pernah berkata: “Any customer can have a car painted any colour that he wants so long as it is black,” – setiap pembeli bebas memilih apa pun warna yang mereka inginkan selagi mana ia adalah hitam. Dengan kata lain, Ford sebenarnya tidak memberikan sebarang pilihan kepada pembelinya. Tentu sekali hal ini lebih mudah buat Ford, kerana cat hitam lebih cepat kering berbanding warna-wana lain. Tetapi dalam masa yang sama ia sebenarnya ‘memangsai’ pilihan warna para pembeli.

2. Dalam hal yang lain pula, adalah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun bahawa hak kebebasan individu ada dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 5 misalnya memperuntukkan bahawa setiap orang adalah bebas dan tidak boleh dinafikan hak kebebasan itu – seperti ditahan atau ditangkap – kecuali melalui proses perundangan. Pun begitu, dalam masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan bahawa perlindungan dalam Perkara 5 tidak akan terpakai dalam beberapa keadaan. Keadaan yang dimaksudkan itu termasuklah, antara lain, hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan dalam negeri (Sila rujuk Perkara 149 dan 151 Perlembagaan Persekutuan).

3. Justeru, seperti juga kenyataan Henry Ford yang memberikan kebebasan pilihan tetapi dalam masa yang sama menskopkannya hanya kepada warna hitam, begitu jugalah perlindungan hak kebebasan dalam Perlembagaan Persekutuan – anda memiliki hak tersebut tetapi dalam masa yang sama anda juga boleh ditahan bila-bila masa tanpa perlu melalui proses pengadilan. Satu peruntukan memberikan kebebasan tetapi kemudian peruntukan yang lain pula menegatifkan peruntukan kebebasan tersebut.

4. Contoh undang-undang yang menegatifkan hak kebebasan dalam Perkara 5 adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri – atau ISA – yang memberi kuasa kepada menteri untuk memberi arahan menahan sesiapa sahaja buat tempoh masa yang boleh mencapai sehingga dua tahun tanpa memberi peluang kepada tahanan membela diri. Dengan kata lain, menurut akta ini, seseorang itu sudah boleh ‘dihukum’ tanpa perlu terlebih dahulu dibuktikan bersalah. Akta ini pernah terbukti berkesan suatu ketika dahulu bagi memerangi keganasan komunis. Tetapi sesuatu yang terbukti berkesan tak semestinya benar. Dan sesuatu yang terbukti berkesan juga tidak semestinya adalah satu-satunya cara yang berkesan. Mungkin sahaja ada cara-cara lain yang lebih berkesan dan dalam masa yang sama tidak menafikan hak keadilan.

5. Sebenarnya kita mempunyai perundangan yang cukup untuk menangani isu-isu keselamatan dalam negeri – dalam konteks Malaysia yang sekarang – tanpa perlu menggunakan ISA. Ancaman-ancaman yang bersifat rasis misalnya, boleh ditangani dengan menggunakan Akta Hasutan atau Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Mereka yang dituduh bersalah di bawah dua akta ini bolehlah dibawa ke mahkamah, dibicarakan secara adil, dan setelah dibuktikan kebersalahannya, barulah dihukum. Tak perlu bertindak mengikut undang-undang tak bertamadun dengan membuat penahanan tanpa perbicaraan.

6. Tentu sekali, bagi pihak kerajaan, adalah lebih mudah mengawal kestabilan dan keselamatan negara dengan menggunakan ISA, kerana tak perlu susah-susah membuktikan apa-apa sebelum boleh menahan seseorang suspek. Tetapi kemudahan di pihak kerajaan tersebut akan memangsai peruntukan kebebasan individu, seperti juga pilihan warna hitam Henry Ford bagi memudahkan proses pengecatan memangsai pilihan para pembeli.

7. Keadilan dalam sistem perundangan Islam boleh ditemui dalam sebuah hadis riwayat Tarmizi yang menyebutkan bahawa: “…kesilapan pemerintah dalam memberi kemaafan adalah lebih baik daripada kesilapannya dalam memberikan hukuman.” Maksudnya seseorang itu hanya boleh dihukum setelah dibuktikan benar-benar bersalah tanpa sekutil pun keraguan di muka pengadilan. Nah, kalau begitu, nilailah sendiri di manakah adilnya serta di manakah relevannya ISA menurut sudut pandang keadilan dalam Islam?

8. Ataukah sebenarnya masih lagi wujud golongan yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menganggap Islam sudah tidak lagi relevan lantas mahu terus berdegil berkeras kepala mengatakan ISA perlu dikekalkan?

pendapat sendiri:

Ada pihak yang berpendapat ISA merupakan akta yang kejam dan tidak adil. Menghukum pesalah tanpa perbicaraan. Kecoh satu Malaysia apabila baru-baru ini ada bantahan dan demonstrasi untuk menghapuskan ISA. Benar kita ada Akta Hasutan dan Akta mesin cetak dan penerbitan, namun pada pendapat saya kedua-dua akta ini sama sahaja dengan akta dan perundangan lain yang ada di Malaysia. Benar melalui perbicaraan kita boleh menentuan siapa yang salah dan siapa yang tidak salah. Namun mampukah kita melakukan keputusan yang tepat bahawa orang itu tidak bersalah dan orang itu bersalah. Sedangkan realiti perbicaraan sekarang banyak bergantung kepada kredibiliti dan keupayaan peguam yang membela anak buahnya. Kalau bagus peguam tersebut, kemenangan di pihaknya walaupun sebenarnya anak buahnya bersalah. Cuba kita fikir sejenak, kenapa kerajaan tidak memberi muka kepada pengkianat negara yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara di negara kita.......Sekiranya mereka diberikan kebebasan perbicaraan, sebenarnya kita membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menghuru-harakan negara, dan negara kita Malaysia tidak akan aman seperti sekarang. ISA merupakan satu petunjuk oleh kerajaan kepada sesiapa sahaja bahawa perbuatan menghasut dan cubaan menjatuhkan kerajaan adalah tindakan yang menyalahi undang2 dan dipandang serius oleh kerajaan.

Wednesday, November 11, 2009

last paper.......

selesai sudah 4 paper...
sekarang tinggal lagi 1 paper...paper engineering ekonomi....
gd luck pd sesiapa yg ambik paper ni k...
aja2!!!!!!

Monday, November 9, 2009

bilakah semua ini akan berakhir???

kesibukan dan masalah yang melanda diri:
1) final exam
2) pengurusan kelab
3) pengurusan program orator
4) cuti ni nak tinggal mana????
5) x dapat balik umah awal.....huhuhu.....8 hb baru dpt balik

kesibukan dan masalah ni lah yg buat aku pening kepala dan tension...huhuhu
kadang2 rasa mcm nak pecah kepala ni.....
dan kadang2 rasa dah x boleh menanggung semua ni,sbb dlm 1 masa aku kena menanggung semuanya....
x sabar rasanya nak balik rumah,nak tenangkan fikiran dan x nak fikir ape2....
tp setakat ni aku masih mampu lg menahan dan kuatkan samangat utk menghadapinya.....
namun,dalam hati sentiasa tertanya bilakah semua ini akan berakhir......




Di sini, aku ingin berkongsi sedikit ilmu yg berguna dikala dalam kesibukan dunia......
,
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Segala puji bagi Allah s.w.t.Semata dan Shalawat serta Salam semoga senantiasa tercurahkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam yang tiada Nabi setelahnya.




Peringatan dikala kesibukan dunia

Assalamualaikum ... kepada semua kawan2 yang tersayangg,

ianya Ingin Mengingatkan ...

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya

Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan

Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.

Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya


Imam Al-Hasan Rahimahullah mengatakan,
''Janganlah kalian sibuk dengan urusan dunia, karena dunia itu sangatlah menyibukkan. Tidakkah seorang membukakan satu pintu kesibukan untuk dirinya, melainkan akan terbuka baginya sepuluh pintu kesibukan lainnya.'' ( Hilyatul Aulia: 11/144)

Sunday, November 8, 2009

Tidak ternilai jasamu ayah....


Ayahanda Tercinta

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

ya..pergorbanan ayah tercinta tidak dapat digambarkan..betapa besarnya pengorbanan ayah..tanpa ayah tiada aku di dunia..

airmata mengalir lagi..tak dapat dibendung...

ayah...along terlalu merinduimu..bilakah kita dapat bersua..

ayah...
along sayangkan ayah..
Terlalu dalam kerinduan ini pada mu ayah...

ayah...
diri ini ingin mengucup pipimu..mengucup dahimu...
diri ini bersama meluangkan masa denganmu..
tapi...
apakan daya...jarak memisahkan kita..

ayah...
ketahuilah diri ini terlalu merindui diri mu..rindukan belaianmu..kasih sayangmu
setiap malam diri ini berdoa agar dapat bertemu denganmu..

ayah..along menyanyangi mu!!

Saturday, November 7, 2009

good luck.....

for all my friend....
gd luck for the next paper.....

bersediakah kita menghadapinya.....


emm....akhirnya tiba juga masa yg dinantikan.....final exam....huhuhu....
baru 2 paper selesai....mikro-p ngan statistik....
3 paper lg akan datang.....biomaterial,p-com ngan economy......
sedih... : ( sbb.......

paper mikro-p x dapat jawab sgt.....
aku x tahu ape yg aku jawab...hehehe....harap2 lecturer faham la..... : )
soalan susah betul....rasanya lagi susah dr final sem lepas....sape skong????hehe
harap2 markah ok nanti....x nak la repeat subject ni.....

statistik lak....ade wat mistake.....huhuhu....
ape la aku ni....benda senang pun leh x ingat....
but i think i can score this paper....
besok....
paper biomaterial.....
figth to do the best.... : )
sbb paper ni pun menakutkan gak...hehehehe.....
sape yg ambik paper ni,gd luck k....
aja2 figthing!!!!!!hehehe...baru lepas tgk FULL HOUSE..... (favourite movie)

jangan direnung letihnya usaha.....
tetapi renung lah manisnya sebuah kejayaan.....