Sunday, April 26, 2009

selesai cabaran seterusnya..............

lega rasanya selesai sudah exam E2......hari ni aku menduduki peperiksaan E2 kul 9 pg di p16.....aku masuk dewan dgn hati yg tenang..hehe..berbekalkan ilmu di dada yg x seberapa mana.... : ) gelisah tul masa jawab sbb susah giler soalan,namun aku perahkan otak,menggunakan sebaik-baiknya ilmu yg ada untuk menjawab soalan2 yg mencabar tu....huhuhu....akhirnya setelah 2.30 mengeluarkan ilmu..hehe..kertas e2 pun selesai....alhamdulillah....ada 2 lagi paper yg perlu ditempuhi....TECHNO dan EMT..........malam ni wajib study techno...aja2!!!!!!!! : )

setelah menghantar paper,aku pun keluar dewan.....ALAMAK!!!!!!!......hujan lebat giler.....aku dah la naik motor....mcm na nak balik ni.......sbb malas nak tunggu hjn ni berhenti,aku pun redah je hujan...fuhhh,basah kuyup dan sejuk giler.....sampai je kat kolej aku terus naik bilik.....mula la aku mempersiapkan diri utuk TIDUR....hehehe..penat giler...dah bengkak2 mata punya study n x cukup tdur....tp sebelum tdur aku makan dulu sbb perut lapor.....roomate tolong belikan makanan..thanks akak......hehehe....perut dah kenyang,apa lagi tdur la pas tu........zzzzzzzz........

k,lah sampai sini dulu........hari ni x banyak perkara yg berlaku....cheeewah....tp yg penting mcm2 aku rasa hari ni...sedih ada,hepy ada,kecewa pun ada.....sedih sbb fkir yg aku akan kehilangan seseorang pada sem dpn.....bukan hilang la,tp cuma jauh je.....hehe...hapy sbb dia gak..n kecewa sbb x leh jawab sgt paper E2...huhuhu.....k....tata.......


Friday, April 24, 2009

suasana exam....

semalam....aku baru selesai menduduki exam numerical method atau dlm bmnye kaedah berangka.mmg berangka tul....pening n panjang giler nak abiskan 1 soalan....masa isi slip exam aku terlupa nama pensyarah...hehe...jd aku x letak la nama pensyarah.aku letak seksyen je...tiba2 masa tgh kusyuk menjwb exam,dtg seorang pensyarah tanya dgn slumbernye, aku x dak pensyarah ke..hehe....aku tergelak n baru tulis nama pensyarah tu...namanya ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN...x la susah manapun nak ingat....tp tu la,banyak sgt pensyarah..hehehe.....berbalik kpd exam numed,semuanya 5 soalan n kena jwb semua dlm masa 3 jam.....tp yg peliknya x terasa langsung 3 jam tu...pejam celik2 dan cukup 3 jam.....gelabah dibuatnya sbb ada g soalan yg x abis jwb.....huhu..redha je la...tepat jam 12 selesai sudah antar paper numed...yahooooo.....!!!!!

kemudian...aku terus gerak dan keluar ke taman u sekejap nak isi minyak...n aku sampai bilik tepat jam 12.35....tiba2 member group e2 call nak antar assignment ptg ni....huhu...dah la banyak g yg x siap,lum combine dan banyak g la....mata ni pun satu, masa tu la nak pejam....huhu...ngantuk giler.....tp dgn semangatnya aku pun siapkan assignment dgn member dan akhirnya berjaya jugak kami siapkan..yeyeye.....tau kul brapa siap....kul 4.30...huhu....lenturer tutup office kul 5....tottet2.....sampai la kat bilik lecturer kul 5.10...nak dijadikan cerita,perjalanan bukanla semudah yg disangka : )...masing2(3 org) x tahu bilik lecturer kat na...yg tau blok dia je....call la pulak member lain....sampai je kat bilik,lecturer dah balik dah..huhuhuhuhu.....dgn hati yg kecewa,cheewah.....kami pun balik ke kolej....hari ahad ni baru nak antar assignment.....

petang tu dlm kul 6.15 aku kuar g sri putri beli tiket nak balik......tiket mahal gler RM70......aku dapat tiket 30 april kul 10 malam.....bestnye dpt balik...aku rindu giler kat mak,ayah,iwan,syafiq n rumah...hehe...lepas beli tiket,aku g makan kat ketumbar.....aku makan otak-otak2,tomyam,sotong tepung dan kailan ikan masin...banyak giler makan...bukan makan srg la...berdua... : ) yg kelakarnya.....couple depan meja kitaorg pun makan sama ngan kitaorg...hahahaha....habis je makan aku gerak ke Gient....sepanjang aku kat UTM ni la first time aku menjejakkan kaki ke Giant....slalu g jusco je....aku teman dia beli barang....kul 8 mlm aku pun sampai bilik......

malam ni aku malas giler nak study....x dak mood langsung....aku kena study e2 cos ahad ni exam e2.....sbb nak exam aku pun study kat lantai.....ni la tabiat aku klu x dak mood,study kat lantai.....pastu......bukan study pun...tidor la jawabnye.....best ooo tdur kat lantai.....sejuk...hehehe.....aku terjaga kul 1 lbh...pastu terus lari tidur atas katil....n..zzzzzzzz.......

pagi tu aku set jam nak bangun kul 4.45.....ni lagi satu masalah aku,dgr loceng je mesti tutup......pastu bgn lewat la...kul 6.......lepas smbahyang aku smbung study dgn gigihnya sampai kul 10 lbh....lama giler study..hahaha.....emmmm.....k lah...dah penat taip ni...mata dah kuyu dah ni.....nak tdur jap....nantikan cerita seterusnya...hehe...mcm penulis novel lak....tata.....

peringatan kepada de-pikir

kepada ahli2 de-pikir yang masih berminat utk berdebat......atau dengan kata lainnya,nak mewakili utm dlm debat integriti....hehehe...
latihan akan bermula pada 5 MEI 2009......
masa dan waktu belum ditentukan lagi.....
harapan,moga anda dapat hadirkan diri pada 5 hb tersebut.....
kita kena berusaha bersungguh-sungguh....sebab klu boleh,we have to win in this tournament...
lagi pun wat kat UTM kan...mesti semangatnye lebih....hehe...

apa2 pun,
good luck 4 ur final..... : )

Thursday, April 23, 2009

waspada!!!!!!!!!!


Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan.
Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM.
Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.
Kkalau mau lihat isinya silahkan kunjungi situs ini
http://www.islam- exposed.org/furqan/contents.html

Wednesday, April 22, 2009

Warkah Duka Buat Adik Nurin

Menemui Allayaramah adinda Nurin Jazlin yang kini berada di alam barzah, semoga berada di dalam keadaan yang sihat ceria dan senan ti asa di bawah kasih-sayang Ilahi.

Tujuan abang me nghantar warkah ini kepada adik adalah sekadar untuk bertanya khabar dan me ngimbau kenangan sepanjang adik me ninggalkan abang dan rakyat Malaysia . Hari ini, hampir 555 hari adik me ninggalkan abang dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian. Namun, tahukah adik bahawa sepanjang tempoh itu pihak polis masih ti dak dapat me ncari siapa pembunuh adik . Licik sungguh pembunuh sadis itu sehingga polis-polis Malaysia yang terkenal kerana kecekapannya me nangani kes-kes yang berprofil ti nggi dipermain-mainkan begitu sahaja.

Namun, adik jangan sesekali me nyalahkan pihak polis di atas kegaga lan ini. Pihak polis ti dak bersalah. Mereka ada banyak kerja. Terlalu banyak dik. Untuk pengetahuan adik , semasa pilihanraya P36 Kuala Terengganu baru-baru ini hampir 6000 orang polis dikerahkan semata-mata untuk me ngawal keadaan di sana . Itu angka yang rasmi. Yang ti dak rasmi dengarnya me lebihi 10000. Sebab itulah me reka ti dak dapat fokus untuk kes adik . Lagipun me reka dibayar gaji oleh kerajaan. Bukan adik yang me mbayar gaji me reka. Sebab itulah me reka perlu berkhidmat untuk kerajaan.

Nan ti akan ada pilihanraya kecil lagi selepas ini. Pihak polis akan menjadi sangat sibuk sampai hendak makan pun tidak sempat. Pihak polis juga perlu sentiasa memantau dan mengepung ceramah pembangkang dik. Yalah, pembangkang kan jahat. Suka merusuh. Husam pun kuat merusuh. Sebab itulah ramai polis mengepung dia semasa dia ceramah baru-baru ni. Teruk betul pembangkang ni kan dik.

Pemuda yang kena tembak dari jarak dekat oleh polis di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dulu pun jahat dik. Adik nak tahu apa kesalahan dia? Dia takbir kuat sangat masa dengar ceramah. Mana boleh takbir kuat-kuat. Mengganggu ketenteraman awam. Sebab tu polis tembak dengan peluru hidup sampai tembus ke paru-paru dia dik. Sepatutnya pemuda tersebut kena julang ‘keris telanjang’ dan jerit ‘Hidup Melayu’ macam dalam Perhimpunan Agung Perasuah. Barulah membawa keharmonian antara kaum di negara kita dan tidak mengganggu ketenteraman awam. Polis pun senang hati. Pembangkang ni ada-ada saja. Tak habis-habis.

Adik pernah jumpa tak kawan adik kat sana yang bernama adik Haserawati Saridi. Dulu dia berusia 9 tahun. Dia murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Tobobon. Adik tau tak Haserawati ditemui mati di kawasan semak semasa nak pergi ke sekolah dia di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu. Polis kata dia dibunuh dan dirogol juga. Kesian dia dik. Pernah tak adik jumpa dia?

Seorang lagi nama Siti Nurliyana Shamimi Rosdi. Adik pernah jumpa dia? Siti Nurliyana baru berusia 2 tahun dik. Dia telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 6 November 2002 dan telah dijumpai dalam keadaan bogel jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Kalau adik nak tahu terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras. Dahsyat betul kan penjahat tu. Tapi abang tak pasti jika pihak polis dah jumpa dan tangkap penjenayah tu. =(

Adik sempat kenal tak dengan adik Nurul Huda Abd Ghani.. Dia murid tahun 4. Dia pun menjadi mangsa kerakusan manusia. Kalau adik nak tahu, Adik Huda dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004. Kisah ini begitu menyentap sanubari penduduk Malaysia sehingga semua orang bising. Kemudian, lama-kelamaan semua senyap kembali seperti sedia kala.

Sebenarnya dik banyak lagi kes kanak-kanak hilang dan menjadi mangsa keganasan manusia yang berhati binatang. Adik Sharlinie, adik Asmawi, dan banyak lagi kanak-kanak yang hilang belum dijumpai. Abang terfikir dalam kes kanak-kanak ni kan, sebenarnya yang bersalah adalah adik dan rakan-rakan adik tu.

Kenapa? Kerana adik dan rakan-rakan adik yang menjadi mangsa bukan dari kalangan anak-anak pak menteri, dato’, datuk, tan sri, tun dan banyak lagi pembesar. Sekadar anak orang biasa, marhaen kata orang. Buang karan sahaja dik. Jika adik dan rakan-rakan adalah anak-anak pembesar negara, pasti bergegas dan bertungkus-lumus pihak polis itu.

Adik nak tahu tak masa kes adik tengah hangat dulu, Kementerian Wanita dan Keluarga cadang supaya gubal akta untuk mendakwa ibu-bapa yang dikatakan cuai sehingga anak mereka diculik dan hilang. Ketua bapak polisi negara pula kata undang-undang itu telah lama wujud. Cuma tidak dipraktikkan. Ketua bapak polisi pernah berkata “jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, ibu bapa mangsa boleh diambil tindakan undang-undang bawah Akta Perlindungan Kanak-kanak”.

Senang kan menjadi pembesar. Hari-hari duduk mengangkang dalam bilik selesa dan berhawa dingin, gaji + elaun yang halal sahaja sudah menjangkau berpuluh-puluh ribu, menikmati segala kemudahan, tetapi apabila timbul permasalahan, dengan senang hati mereka memberikan cadangan sekadar untuk melepaskan diri. Semua mahu cuci tangan.

Adik tahu tak sekarang barang-barang keperluan semakin mahal. Semuanya disebabkan harga minyak naik menggila dulu. Yang naikkan harga minyak tu orang gila juga. Sekarang, apabila harga minyak turun, harga barang-barang tidak turun. Kekal mahal macam biasa. Ibu-bapa yang mempunyai banyak tanggungan terpaksa bekerja lebih masa dik. Ada yang terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa. Jika tidak macam mana mereka mahu menyara anak-anak mereka. Ini juga menyebabkan ibu-bapa tidak sempat untuk memantau anak-anak. Institusi keluarga semakin terabai.

Jadi, adik rasa siapa yang bersalah? Oh, yang terbaru rakyat Malaysia dapat hadiah lagi. Barangkali hadiah kerana Perak berjaya ’ditawan’. Hadiahnya tol naik 33%. Pembesar yang sedap mengangkang dalam bilik berhawa dingin tadi pasti akan berkata ”kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil”. Adik rasa harga barang akan naik tak dengan kenaikan harga tol ni. Entahlah, adik fikirlah sendiri ye.

Adik tahu apa itu PLKN? Program Laknat Kacau Negara? Eh, bukan. Adik silap tu. PLKN tu Program Latihan Khidmat Negara. Sudah ramai generasi muda daripada rakyat marhaen Malaysia meninggal dunia semasa mengikuti program tu. Yang perempuan ada dirogol. Cuba adik sebut nama-nama anak pembesar negara yang pernah diwajibkan ikut PLKN. Abang pun kurang ingatan di situ. Mungkin kerana abang dah tua. Lagi satu jika adik adalah artis di Malaysia, adik boleh tangguh pergi PLKN tau. Lebih-lebih lagi jika yang jelita dan seksi. Mungkin kerana terikat dengan penggambaran dan persembahan, maka kerajaan beri kelonggaran kepada mereka. Baik betul kerajaan kerana tidak mahu mengganggu periuk nasi rakyat mereka.

Tapi jika adik adalah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, 18, adik tidak boleh tangguh. Sebab apa? Sebab Ahmad Hafizal orang miskin. Dia tidak popular. Kerja pun tidak glamor. Sekadar bertani dan bersawah di bendang untuk membantu ibunya yang bekerja sebagai pembantu tadika dan adik-adiknya yang masih kecil di Kampung Titi Serong, Kuala Perlis. Ayah dan ibunya dah bercerai. Jadi, dialah yang perlu membantu ibu dan adik-adiknya.

Dia didapati bersalah dan diberikan pilihan samada membayar denda RM600 atau masuk penjara 14 hari. Tapi Ahmad Hafizal pilih 14 hari penjara. Dia pilih penjara bukan kerana di penjara ada Mc Donald dik. Bukan begitu. Ahmad Hafizal pilih penjara kerana dia tidak mampu membayar denda tersebut. Bagaimana Ahmad Hafizal nak bayar denda tersebut, untuk tambang ke mahkamah pun dia tepaksa pinjam duit orang. Ahmad Hafizal hadir ke mahkamah pun tanpa diwakili peguam bela. Siapa nak bela orang miskin yang tiada duit. Menghabiskan beras sahaja dik. Tu belum kes seorang budak muslim yg berserban kerana mengikut sunnah SAW tapi bagaimana nasib malang yg menimpa dia???

Begitulah nasib marhaen di Malaysia. Sebab itu ramai yang nak jadi artis. Boleh jadi kaya. Ada yang masuk Gangstarz, Akademi Fantasia, Once In Million, Audition, My Starz LG, dan banyakkkkkk lagi. Jalan pintas syurga dunia.

Rasanya sudah terlalu panjang abang mencoretkan tinta buat adik. Abang rasa cukuplah setakat ini dulu. Jika ada masa lapang nanti abang akan bercerita lagi dengan adik. Abang doakan adik berbahagia ’di sana’, insyallah.

Oh, ya. Terlupa pula abang.. Adik ada blog juga tau. Tidak silap abang bapa saudara adik yang buat. Sebagai tanda peringatan, ingatan untuk adik dan juga tanda kegagalan pihak berwajib menangani kes adik Blog adik www.nurinjazlin.blogspot.com. Abang juga akan letakkan gambar adik pada blog abang mulai hari ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dariku,
Abang Samudera Tinta

P/s:Bersama-sama kita berdoa dan membaca surah Al-Fatihah buat Adik Nurin, Adik Huda, Adik Nurliyana dan ramai lagi mangsa keganasan kanak-kanak yang masih tidak terbela. Semoga Allah me rahma ti me reka dan k ita semua. Al-Fa ti hah.


tips kecantikan...hehe.....


Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.
2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah

Petua Awet Muda

Bangun pagi dari tidur…minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangun daripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

Muka Berseri

Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

Wajah Jelita

Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain.
selamat mencuba.... : )

Monday, April 20, 2009

berakhirnya kertas institusi islam.......

hari ni....jam 2.30 ptg,aku menghadapi kertas peperiksaan institusi islam.
semuanya 80 soalan dan kertas ni berakhir jam 4 ptg....
bersyukur sgt sbb soalan tadi banyak naik soalan2 yang lepas.....so x lah susah sgt sebab dah study soalan2 past year...
insyaalah leh score kertas ni..... : ) wlupun malas giler g kelas subject ni..huhu...rasanya 2 kali ponteng kut...hehehe.....
lepas je abis paper ni,aku terus ke Jusco taman u dgn member....
beli barang2 nak wat tomyam.....hehe...dah lama x masak tomyam....tringin giler nak makan tomyam buatan sendiri.. : )
buat tomyam bukan susah pun,tp yang malasnya bab nak menyediakan bahan2nye...
kena mahir bab potong2...hehe...
akhirnya tomyam buatan sendiri siap dimasak pkul 5.30......
pkul 6 dah siap makan sebab dah lapo......aku simpankan skit utk roomate...sbb roomate pun suka makan tomyam....

emmm,kertas seterusnya pada 24/4/09....iaitu kertas numerical method.......mlm ni dah start study....aja2!!!!!!!!!!!!

Sunday, April 19, 2009

situasi sebenar.......

Actually,life in university mmg menyeronokkan dan akan meninggalkan banyak kenangan indah....
terutamanya sekali dengan kawan2......
Dekat UTM ni aku join Kelab Debat UTM atau nama gelarannya De-pikir.....
Ahli2 kelab ni mmg sporting giler n diaorg lain daripada kawan2 sekuliah dan kawan2 lain.....
kenapa?
-cara pemikiran cukup berbeza,dan banyak perkara baru atau ilmu baru yang akan aku dapat klu dengan diorang.....sebab diaorang ni sensitif skit dengan isu semasa....
kami selalu berdebat dan memberi pandangan tentang apa yang berlaku disekeliling....dan inilah kelainan dan keistimewaan budak2 de-pikir.
-ada lagi.....budak2 de-pikir bukan yang jenis mengata di belakang atau di depan tapi x tegur kita untuk buat perubahan.....kalau ade yang buat x kena pasti akan ditegur dan dibantu untuk berubah....esspecially bab penampilan,tingkah laku dan pertuturan....dan perkara inilah yang banyak membantu budak2 depikir untuk jadi org yang berguna dan ada personaliti....
-diorg x kedekut tenaga untuk membantu dan mendengar masalah.....masing2 akan cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh membantu dan selalunya nasihat mereka berguna......
selama ni kak tasya n dayah are the person yang selalu mendengar masalah,slalu membantu n bagi nasihat....tima kasih kak tasya n dayah..... : )
-junior2 pun bagus2....selalu tolong senior....cuma yang geramnya..malas datang training je....hehehe....kepada para junior,tlg berubah ek...rajin2 la datang training because without training u all will not improve in debate and get somehing.....pastikan integriti kali ni,kita di pentas final....cheeewahhhhhh......insyaalah,klu ade rezeki UTM.....

benda-benda mcm nilah yang susah kita nak dapat daripada kawan2 yang lain......dan aku x pernah menyesal join kelab ni....sebab salah satu perkara yang mengisi masa aku di UTM ni adalah debat.....kalau x ada debat,sure akan boring hidup aku di UTM......

sampai sini dulu cerita aku tentang de-pikir......nanti kalau ada masa gi...aku sambung g ek...hehe......

Friday, April 17, 2009

Tentang Cinta


kadang-kadang.......
orang yang kita x suka,orang itu la yang sayangkan kita,menghargai kita......... orang yang kita suka dan mengharapkan syg darinya,orang itu la yang menjauhi kita....... bukan kita terlalu memilih atau x tahu menghargai,tetapi akan tersemat juga rasa di hati untuk memiliki cinta dr orang yang kita syg..... dan kita akan berusaha untuk mendapatkan cinta itu,walaupun kita tahu kita mungkin akan dikecewakan, tidak kisah berkorban dalam apa jua keadaan, sanggup air mata yang menjadi teman, dalam masa yang sama kita lupa atau x nampak insan yang mengharapkan kita......cinta ni bagaikan ada kaitan sesama insan......apa yang jadi pada kita akan dialami juga oleh orang lain juga......

namun.......
terseksanya rasa bila kita sentiasa dalam dilema...."adakah dia mencintai kita,adakah dia akan membalas cinta kita?" dan yang paling takut untuk dihadapi apabila dia pergi meninggalkan kita....... terseksanya bila kita kehilangan orang yang kita sgt sayang...... tp inilah realiti yang perlu kita tempuh kalau kita mengharapkan cinta dr org yang kita sayang..... klu kita membalas cinta org yang mengharapkan kita,kita mungkin tdk akan rasa kecewa.... tp manusia bukan mudah untuk memberi cinta,namun lebih suka untuk mencari cinta........

mungkin........
kita perlu belajar untuk menghargai orang yang menyayangi kita..... kita perlu belajar untuk memberi cinta pada mereka..... supaya kita tidak akan kecewa dan menitiskan air mata kerana cinta....... mungkin itu yang lebih baik utk kita...... namun kita jgn lupa cinta yang agung ialah cinta kepada Allah SWT.......

Tuesday, April 14, 2009


FINAL EXAM AJA2!!!!!
x lama lagi final exam akan menjelma...... ni jadual exam......20,24,26,28 dan 29 april 2009 penat jugak sebab waktu exam dekat2....terseksa nak study...huhu.... tapi tetap semangat untuk menghadapi final... harap2 dapat naikkan pointer....insyaallah..

minggu final ni banyak la perkara yang berlaku,yang jarang berlaku pada hari biasa:
contohnya......
1) sehari susah nak nampak muka....terperap je kat bilik,wat ape lg study le.....x pun terperap kat library....

2)baru tercari-cari contoh final exam yang lepas2....hehe....biasa la study last minit...
3)sbuk pinjam nota kawan2 lain nak fotostate sebab jarang g kelas....

4)wat study group.....
5)kepala pun kadang2 ade yang x betul..hehe..tension punya pasal....

6)accident pun banyak berlaku sebab asyik duk pkir benda lain....

7)petang2 g exercise....nak sihatkan badan...cergaskan minda.. : )

8)asyik jumpa pasangan yg study bersama sbb byak la couple2 yg study bersama..hehe...

9)baru nak jumpa lecturer tanya soalan atau minta tips.....

10)x tdur malam...huhuuhu....


ape2 pun...perkara yang x baik dalam minggu final ni lebih baik dijauhkan. moga lebih berkat masa jawab exam nanti.... good luck 4 final....bykkan berdoa....dan jgn lupa mnta restu ibu bapa... kerana doa mereka lebih berkat buat kita....insyaallah....

Monday, April 13, 2009

pengalaman CT scan...


-CT scan di lakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan....kuantan,Pahang
-sebelum CT scan dilakukan,pengenalan tentang Ionizing dan Non-ionizing radiation diterangkan secara ringkas oleh Dr.
-contohnya...MRI,PET,Ultra-sound,Mamography...and so on...

bermulanya pengalaman CT scan.....
-1 group-5 orang
-aku group yang ke-2
-mula2 kami diminta untuk menanggalkan pakaian dari aras pinggang ke bawah...(seluar)
-tapi kami diberikan baju khas...baju tu labuh dan besar....
-suntikan ataupun ubat tidak perlu....
-selepas itu,kami masuk ke dalam bilik yang mempunyai CT scan...
-masa turn aku....aku diminta untuk baring di atas satu pelantar...dan pelantar itu kemudiannya bergerak ke dalam satu lubang sehingga paras pinggang....
-putaran berlaku.....kita x bergerak pun...cuma ada alat yang berputar mengelilingi kaki....
-selepas beberapa minit....CT scan pun selesai....

tak berbahaya pun wat CT scan dan seronok...
so...klu dapat peluang untuk buat jangan la lepaskan peluang tu...

Friday, April 10, 2009

CT scan....

hari ni pkul 2.30....
aku akan ke kuantan pahang dan balik semula ke UTM pd hr ahad.....
.....di sana aku akan melakukan CT scan...
huhu...first time in my life..cheeee wah....hehe..
tapi takut gak,sebab peralatan ni guna radiation...
harap2 x dak la implikasi lepas buat CT scan tu.....

nanti leh la aku ceritakan pengalaman buat CT scan tu.....
boleh la kawan2 mencuba nanti......
k......tata.....doakan semoga aku selamat...hehehe....

Tuesday, April 7, 2009

gerak kerja debat integriti 2009


-debat integriti 2009 akan bermula 15-19 mei 2009 di UTM.....setelah lama UTM menyepi dari menjadi tuan rumah untuk pertandingan debat.....
-debat terakhir UTM menjadi tuan rumah ialah Debat Alam Sekitar.....2005....

-minggu pertama gerak kerja,kebanyakan kerja berjalan lancar.....

penempahan tempat bertanding masih belum settle.....
design banner,bunting,poster,backdrop dan tag nama....ok....
runner masih dalam proses pencarian.....
minggu pertama ni x banyak sgt kerja.....minggu depan sure sibuk....sebab dah start study week...

-harapan agar debat integriti kali ni di UTM dapat dianjurkan dengan jayanya....

-semoga ajk DE'pikir dan SPRM dpt bergabung tenaga bg menjayakan program ni.....
-aja2!!!!!! : )


kalau ade ape2 cadangan leh la kongsi bersama....hehe....