Friday, June 5, 2009

kenangan integriti 2009

berakhir sudah Debat Integriti 2009 di UTM......
setelah pelbagai cabaran dan dugaan ditempuhi oleh setiap ahli kelab De'pikir,tidak kira lah dari segi penganjuran dan persediaan debat.....

dari segi penganjuran....secara keseluruhannya gerak kerja integriti 2009 boleh dikatakan berjaya walaupun banyak konflik yg berlaku antara De'pikir,SPRM dan pihak HEP......cuma harapan untuk masa depan,lebih better kalau kita tak bekerjasama dengan organisasi lain kalau menganjurkan sebarang program.Mungkin pertelingkahan dan salah faham dapat dielakkan.Kesimpulannya,ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua ahli kelab De'pikir yang bersungguh-sungguh dan bekerjasama menjayakan Debat Integriti 2009.Tanpa korang debat integriti ni takkan berjaya.Kalau ada salah silap harap dimaafkan.... : )
Daripada tinjauan yang dibuat sepanjang penganjuran di UTM,perkara yang perlu dibaiki untuk masa depan sekiranya UTM menjadi penganjur sekali lagi:
1) aspek pengurusan
2) bilangan AJK dan Runner
3) pengangkutan bas
4) tempat pertandingan
5) pengurusan penginapan peserta
6) pengurusan pertandingan FINAL
Perkara yang perlu diteruskan kecemerlangannya:
1) makanan
2) peranan runner

Dari segi perdebatan......
sehari sebelum pertandingan,aku dan dayah sakit...huhu...
sehari x berlatih debat,tidur je kat bilik......
nasib baik malam tu dah baik sikit......dah leh wat persediaan menghadapi pertandingan..... besoknye......2 perlawanan pertama kami kalah.Rasa mcm aku puncanya pun ada sebab aku x perform......rasa penat x hilang lagi.....Hanya Allah yang tahu keadaan aku masa tu....walaupun sakit,namun aku teruskan perjuangan dan x putus asa......akhirnya perlawanan ketiga kami menang menetang UUM.Malam tu,pakdat suruh aku rehat secukupnya.Alhamdulillah,pagi besoknye,rasa penat dan letih dah hilang.
Kami menang ketiga-tiga perlawanan menetang UTHM,UPM dan UM......
Kami dapat menempatkan diri ke suku akhir menentang UIAM.....Perasaan takut,gembira,bangga...mcm2 rasa...... : )
tapi berkat kesungguhan dan semangat untuk menang,akhirnya kami dapat mengalahkan UIAM.Dan kami berjaya ke semi final dan berjumpa dengan team UITM.......namun,kami x dak rezeki ke final kerana kalah dengan UITM......walaupun kalah,tp kami banyak belajar banyak perkara terutamanya dari aspek penghujahan dan konseptual.....
perjuangan akan diteruskan untuk debat perpaduan dan debat FOMCA.....perjuangan menebus kekalahan ke final.....k lah......nak g solat jap....bye...hehehe...

No comments:

Post a Comment